Saturday, March 14, 2009

Islamkah Kita?

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda...

Suatu hari pada masa sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam..tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa senapang... lalu salah seorang lelaki tu bertempik

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari parajemaah itu untuk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah..

Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? selain terhibur anda fikirlahlah..Berapa daripada umat islam hari ini yang betul-betul Islam? adakah dengan mengucap kalimah Syahadah sudah cukup untuk membuktikan kita dalah islam?Dimana nilai-nilai kita sebagai Islam?

ZM: Cukup sedih dengan keadaan umat Islam hari ini..mudah sahaja ditindas dan dibunuh oleh orang Kafir..

0 530 Pendapat:

 
;