Saturday, March 14, 2009

20 Cara Membuat Roomate Anda Menjadi Gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa tiada orang kat rumah. Unpack segala barang anda & pegi tidur.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik akhirnya". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia "Sepatutnya kau dah pergi dah sekarang"


3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat "Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidur. Esoknya, kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yang dia cakap.


4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidur dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dengan kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."


7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"


8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidur. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Horee...!". Buka lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda?" Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya.."

10. Kata pada roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.


11. Bila roommate anda balik, berpura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat muka tyak tau apa-apa dan confused.

15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa kawan-kawan sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, contohnya kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada anda.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil kawan-kawan dalam 10 orang baca yasin ramai-ramai. Bile roomate jaga pakat-pakat buat mcm tak nampak apa-apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok ada mayat.

ZM: ni roomate ke yang buat tu yang gila??Lu fikirlah sendiri!!

1 530 Pendapat:

Angin Selat Melaka said...

Salam, roomate.
Daku rasa kamu tentu sekali mau mempelajari sesuatu yg baru dalam kehidupan. Maksudku; tentang grooming apabila tiba masa untuk berdepan dgn realiti. Penjagaan diri dan kecantikan (serta rambut), terdapat di sini:

Penampilan diri untuk Kecantikan

Semoga sukses dlm perjalanan hidup. Tq.

 
;