Monday, March 09, 2009

17th Ibadah Camp (2nd Phase)

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya melepasi satu lagi ujian sebelum bergelar graduated student..iaitu Program kem ibadah yang dianjurkan oleh pihak kolej dan diwajibkan kepada semua pelajar semester akhir..

Apa yang aku ingin kongsi di sini adalah tentang pengalaman dan apa yang aku lakukan dalam tempoh tersebut..

Pada awalnya aku agak berdebar juga, pertama kali selepas presentation hari tu..tapi aku kuatkan hati,aku bertolak ke kolej pada pukul 7.30 pagi dan pada pukul 8 pagi pula,perlu mendaftar untuk mengesahkan kehadiran dalam program tersebut..terlalu banyak ilmu baru yang aku dapat ketika berada dalam program ini..dan juga pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan..disamping dapat beramah mesra dengan kawan-kawan yang sebelum ini cuma kawan sekelas,namun dalam program ini kami lebih menghargai erti persahabatan (agaknya kot..)

selama dua hari satu malam program ini dijalankan..kami ditempatkan di Asrama Puteri Desa view pada malam tersebut manakala pelajar lelaki ditempatkan di Asrama Taman Sri Kuching..Program bermula pada pukul 9 pagi dimana aktiviti pertama adalah briefing daripada bahagian Kewangan,juga bahagian disiplin khusus untuk ibadah kem..kemudian program diteruskan lagi dengan ceramah yang bertajuk 'Solat'..terlalu banyak yang aku tak tahu rupanya..Antaranya,tiada dalil yang mengatakan kita tak boleh bergerak lebih dari 3 kali..Juga cara solat wanita dan lelaki,disamping cara solat rasulullah dan bagaimana untuk meningkatkan kekhusyukan dalam solat.

Selain itu,ceramah 'taharah' juga benar-benar menarik..Taharah bermaksud,bersuci..Cara bersuci yang betul,cara Rasullulah juga banyak lagi ilmu yang selama ini dipandang ringan oleh kita sebagai umat islam..Cerita 'Aurah ' yang dihoskan oleh Ustaz Fauzan cukup memberi manfaat. Pelbagai perkara dibangkitkan berkaitan isu Aurat yang selama ini kurang dititikberatkan oleh umat islam..Ceramah-ceramah ini memberi kesan pada kami semua untuk membetulkan diri kami dan sekaligus menambahkan keyakinan kami untuk menjadi insan yang lebih sempurna..Selain ceramah,banyak juga aktivi yang memberi ilmu serta memberi kesedaran..Jenazah management meningatkan kami tentang kematian dan juga cara-cara menguruskan jenazah dari mula meninggal dunia sampailah ke tanak perkuburan..

Aktiviti yang paling menarik.."Aktiviti fizikal Malam Hari"..kami diminta untuk berpakaian sukan pada pukul 9.00 malam! aktiviti pula sampai pukul 11.00 malam..Selepas itu,barulah semuanya beransur pulang..tapi malangnya semua pelajar yang ditempatkan di Asrama Desa View terpaksa menunggu giliran untuk pulang,group kami pula adalah yang terakhir..Lebih kurang pukul 12.40 barulah kami dapat pulang dan berehat..

Keesokan harinya,kami bertolak ke Kolej untuk majlis penutupan..Setiap kumpulan menerima hadiah dari kategori yang berbeza..Kumpulan kami pula memenangi anugerah kumpulan paling sopan! lucu pula bila dikenangkan balik..

Majlis berakhir pada pukul 5 petang.

0 530 Pendapat:

 
;