Monday, February 23, 2009 0 530 Pendapat

New Series

Assalammualaikum..

Lama rasanya tidak menambah entri dalam blog ini..bukan sengaja dibiarkan..namun keadaan tidak begitu mengizinkan..terlalu banyak perkara yang perlu diutamakan..InsyaAllah,selepas ini aku akan kembali aktif dengan blog..

Hmm..sudah sebulan aku berada di kampung halaman..namun rasanya seperti baru sehari..tak cukup lagi aku menikmati keindahan panorama ciptaan tuhan di bumi yang fana' ini..

Beberapa hari lagi,aku akan terbang semula ke Kuala Lumpur untuk meneruskan misi yang masih belum selesai..

dan selepas itu barulah aku meneruskan misi yang lain..

Terlalu banyak yang ingin aku capai dalam hidup ni..cuma masa je yang aku tak pasti bila..
tapi aku yakin..aku akan dapat capai semua impian aku..Bak kata pepatah,'Man Jadda Wa Jada'..

Sebenarnya..terlalu banyak benda menarik yang ingin aku ceritakan..tapi nanti dulu la..
sekarang ni cuma 'intro' for new series blog ni..

rasanya sampai disini buat masa ini..banyak sangat taip pun takde orang baca..
Lagipun,malam sudah semakin larut..Mengantuk pula rasanya..

Wassalam...

ZM:Zzzz........
Sunday, February 15, 2009 0 530 Pendapat

Kenangan De' Sayang

Assalammualaikum..agak lama juga tiada entri dalam blog ini..tapi walau apa pun..hari ini aku tambah lagi satu entri baru..ia tentang kenangan aku time praktikal dulu..cuma nak share suka duka dan kenangan bersama 'anak-anak' di sana..juga pictures mereka..


ni sebahagian dari kanak-kanak kat tempat tu..ni belum ramai lagi ni..baru beberapa orang je..senang je nak suruh diorang berkumpul..diorang ni suka ambil gambar..so,kalau dah tengok kamera..semua pun pakat pose sakan..



yang atas ni lak..keadaan waktu pagi..memang macam ni la..semua pun buat aktiviti sendiri..coz diorang tau,pagi-pagi cikgu mesti suruh buat pergerakan bebas..

ni lak wajah-wajah yang dah mandi..hehe..diorang yang cute ni nakal sebenarnya..tapi senang nak dengar cakap cikgu..

Dari kiri:Dinie,Safiy Aiman,Afi,Qayyim & Irfan Farhan(Depan)

ha..yang ni lah otai-otai De'sayang..hehe..bukan apa..diorang ni lah yang paling nakal dalam kelas diorang..time diorang masih kat situ la..yang tinggal sekarang cuma Afi & Qayyim @Ayim..yang tiga lagi tu..dah masuk sekolah tadika..dah jadi 'abang-abang' dah..


cukup dulu rasanya entri untuk kali ini..nanti lain kali aku upload lagi gambar-gambar diorang kat sana..yang lain pula..

ZM: De' Sayang..Tempat Praktikal ku..
0 530 Pendapat

Dugaannya (Hujan)

Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.

Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Pilu mula terasa.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Oo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Oo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Oo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Oo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.
Cuba ku dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.

Ini semua dugaan Nya,(2X)

entah nape aku suka lagu ni..mungkin sebab aku tengok cerita platun satria tu kot..
Sunday, February 01, 2009 0 530 Pendapat

9 Mimpi Rasulullah

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut
 
;