Monday, December 29, 2008

My Mr. Perfect

Jangan keliru dengan tajuk itu..sebenarnya just nak kongsikan cerita tentang hari-hari praktikal aku je..time praktikal ni,kitorang ditugaskan untuk mencari seorang budak untuk jadi subjek untuk case study. kitorang kna observe setiap hari development budak itu dan kena buat report tentangnya.

Jadi dalam banyak-banyak student aku, aku pilih seorang budak lelaki yang berusia 5 tahun..Nama dia Mohd. Syahmi..aku pilih dia sebab aku tertarik dengan sikap dan penampilannya..(cewah,macam pilih calon suami lak!)..hehe..

dia ni suka jadi ketua dan boleh dipercayai..apa-apa pun yang di suruh,dia akan laksanakan dengan sempurna..dia juga tak nakal macam budak-budak yang lain..dia jadi ketua kalau nak baca doa makan dan doa selepas makan..kalau beratur,dia mesti akan berada di depan sekali..

kalau dia tak datang,takde orang yang akan baca doa..aku juga la yang kena pimpin diorang baca doa..
berbalik pada cerita syahmi ni,dia ni boleh dikatakan cute dan handsome juga la..lebih-lebih lagi bila dia pakai baju melayu,macam orang yang nak pergi ke majlis pernikahan..comel..

tapi dia ni pemalu sedikit dengan prempuan..terutama dengan cikgu-cikgu dia..dia tak nak bersentuhan tangan or orang pegang tangan dia..dia adalah orang yang paling mengikut arahan dan memberi 100% komitmen dalam semua aktiviti yang kami jalankan..

paling best,dia dah macam abang pada semua..dia pujuk kawan dia yang menangis dan memberi cadangan padaku tntang aktiviti yang patut kami lakukan..fikiran dia agak matang,dan aku rasa ada sedikit persamaan antara kami..aku dapat lihat diri aku semasa aku kecil..(ye ke? perasan jew!)

tapi,budak tetap budak juga..dia terkencing time tidur!! Kencing dalam seluar la maknanya..haha..peristiwa yang tak dapat aku lupakan...

nanti aku akan upload picture dia di sini..

hari jumaat lepas,dia cakap kat aku yang dia dah beli baju sekolah dan semua peralatan sekolah..baru aku sedar yang cuma tinggal seminggu lagi aku dapat tengok dia..lepas ni,dia akan masuk tadika dan ke tempat lain..dah tak jumpa lagi..apa-apa pun aku harap dia teruskan sikap dia yang baik tu sampai dia besar..

sebab lepas ni dia akan ke dunia luar,dan macam-macam lagi akan dia tempuhi..Semoga berjumpa lagi,Mr. Syahmi..

ZM: Tak jumpa dah pasni..

0 530 Pendapat:

 
;