Monday, December 08, 2008

Aidiladha


Assalammualaikum..

Lama sudah rasanya tidak menambah entri dalam blog ini..bukannya apa,cuma sebulan dua ni agak sibuk sedikit..sebab sekarang dah masuk fasa terakhir dalam course yang aku ambil ni..Industrial Training..2 bulan aku kena menjalani Praktikal,manakala yang selebihnya aku kena siapkan Business Plan..

Tapi apa yang aku ingin kongsikan disini,bukan tentang Industrial training aku..tetapi tentang Aidiladha yang kita sambut pada 8 Disember 2008, iaitu hari ini..Kita menyambutnya dalam kemeriahan dan kegembiraan,tapi berapa ramai antara kita yang sedar tentang erti sebenar Aidiladha?

Bila ditanya,apa erti Aidiladha..ramai yang menjawab..hari raya Qurban..pengorbanan..
tapi pengorbanan apa?Tak ramai yang menyedari pengorbanan apa yang dimaksudkan..
Disini,bukan nak huraikan satu persatu,sebab..kita dah lama hidup sebagai seorang muslim..
Sepatutnya kita tahu apa itu islam..dan kandungannya..

cuma sekadar renungan dan imbasan kembali terhadap Aidiladha yang kita sambut..walaupun ianya mungkin tidak semeriah Aidilfitri ,namun ianya juga merupakan hari bersejarah untuk semua umat Islam..di seluruh dunia..

Pada hari ini,umat Islam yang menunaikan Fardhu Haji di Mekah, sedang wukuf di Arafah.
Ia antara waktu yang sesuai dan mujarab untuk berdoa..

Kita pula..janganlah hanya menunggu waktu ini untuk berdoa, berdoalah selagi kita mampu..tapi perlu juga disusuli dengan usaha dan Tawakkal..

Selamat Hari Raya Aidiladha..

ZM: Selamat Hari Raya Aidiladha

0 530 Pendapat:

 
;