Monday, December 29, 2008 0 530 Pendapat

My Mr. Perfect

Jangan keliru dengan tajuk itu..sebenarnya just nak kongsikan cerita tentang hari-hari praktikal aku je..time praktikal ni,kitorang ditugaskan untuk mencari seorang budak untuk jadi subjek untuk case study. kitorang kna observe setiap hari development budak itu dan kena buat report tentangnya.

Jadi dalam banyak-banyak student aku, aku pilih seorang budak lelaki yang berusia 5 tahun..Nama dia Mohd. Syahmi..aku pilih dia sebab aku tertarik dengan sikap dan penampilannya..(cewah,macam pilih calon suami lak!)..hehe..

dia ni suka jadi ketua dan boleh dipercayai..apa-apa pun yang di suruh,dia akan laksanakan dengan sempurna..dia juga tak nakal macam budak-budak yang lain..dia jadi ketua kalau nak baca doa makan dan doa selepas makan..kalau beratur,dia mesti akan berada di depan sekali..

kalau dia tak datang,takde orang yang akan baca doa..aku juga la yang kena pimpin diorang baca doa..
berbalik pada cerita syahmi ni,dia ni boleh dikatakan cute dan handsome juga la..lebih-lebih lagi bila dia pakai baju melayu,macam orang yang nak pergi ke majlis pernikahan..comel..

tapi dia ni pemalu sedikit dengan prempuan..terutama dengan cikgu-cikgu dia..dia tak nak bersentuhan tangan or orang pegang tangan dia..dia adalah orang yang paling mengikut arahan dan memberi 100% komitmen dalam semua aktiviti yang kami jalankan..

paling best,dia dah macam abang pada semua..dia pujuk kawan dia yang menangis dan memberi cadangan padaku tntang aktiviti yang patut kami lakukan..fikiran dia agak matang,dan aku rasa ada sedikit persamaan antara kami..aku dapat lihat diri aku semasa aku kecil..(ye ke? perasan jew!)

tapi,budak tetap budak juga..dia terkencing time tidur!! Kencing dalam seluar la maknanya..haha..peristiwa yang tak dapat aku lupakan...

nanti aku akan upload picture dia di sini..

hari jumaat lepas,dia cakap kat aku yang dia dah beli baju sekolah dan semua peralatan sekolah..baru aku sedar yang cuma tinggal seminggu lagi aku dapat tengok dia..lepas ni,dia akan masuk tadika dan ke tempat lain..dah tak jumpa lagi..apa-apa pun aku harap dia teruskan sikap dia yang baik tu sampai dia besar..

sebab lepas ni dia akan ke dunia luar,dan macam-macam lagi akan dia tempuhi..Semoga berjumpa lagi,Mr. Syahmi..

ZM: Tak jumpa dah pasni..
Sunday, December 21, 2008 0 530 Pendapat

Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan

Lama sudah rasanya tidak ada entri di dalam blog ini..agak busy sepanjang minggu dan bulan ni..maklumlah,dah masuk arena pekerjaan..apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah tentang Kekurangan diri dan usaha..

setiap hari,saya menaiki bas ke tempat kerja dan setiap hari jugalah,saya terserempak dengan seorang pakcik yang buta..dia turun di tempat yang sama dengan saya..dan setiap hari akan ada seorang wanita yang akan memimpinnya sehingga ke destinasinya..

Saya pada mulanya merasa agak pelik,pakcik ini bekerja sebagai apa dan bagaimana cara dia bekerja dengan keadaannya yang seperti itu..tetapi saya tidak berkesempatan untuk bercerita dengannya kerana masing-masing sibuk untuk ke tempat kerja..

sehinggalah pada suatu hari,wanita tersebut tidak datang..pakcik itu turun dari bas berseorangan..yang amat menyedihkan saya ialah,tiada seorang pun yang simpati dam mahu memimpin pakcik tersebut ke pejabatnya..sehingga saya turun dan saya memimpinnya..

disepanjang perjalanan kami,saya bertanyakan destinasinya..dia memberitahu saya,di E2..Barulah saya tau,dia bekerja di Jabatan Zakat,Haji dan Wakaf..saya bertanya lagi beberapa perkara kepada pakcik tersebut,dia menjawab dengan ramah..dia berpesan,tak perlu hantar sampai ke destinasi,cukup ke bahagian tengah sahaja...

Selain itu,dia memberi kata-kata perangsang untuk saya..Menurutnya,dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu bergantung dengan orang lain..Allah menciptakan manusia dengan kelebihan dan kekurangan,jadi kita gunakan kelebihan yang ada untuk menutup kekurangan diri,barulah kita jadi insan sempurna..

lagipun,kalau kita usaha..Allah pasti akan bantu kita capai apa yang kita nak..Allah tak pernah sia-siakan hambanya..

aku terfikir apa yang dikatakan pakcik itu..memang dia seorang yang kuat dan tabah,bayangkanlah setiap hari dia berseorangan ke tempat kerja dengan keadaan yang tidak dapat melihat apa-apa,fizikalnya..

Aku harap kisah ini dapat dijadikan teladan..usaha tangga kejayaan..Gambate!
Monday, December 08, 2008 0 530 Pendapat

Aidiladha


Assalammualaikum..

Lama sudah rasanya tidak menambah entri dalam blog ini..bukannya apa,cuma sebulan dua ni agak sibuk sedikit..sebab sekarang dah masuk fasa terakhir dalam course yang aku ambil ni..Industrial Training..2 bulan aku kena menjalani Praktikal,manakala yang selebihnya aku kena siapkan Business Plan..

Tapi apa yang aku ingin kongsikan disini,bukan tentang Industrial training aku..tetapi tentang Aidiladha yang kita sambut pada 8 Disember 2008, iaitu hari ini..Kita menyambutnya dalam kemeriahan dan kegembiraan,tapi berapa ramai antara kita yang sedar tentang erti sebenar Aidiladha?

Bila ditanya,apa erti Aidiladha..ramai yang menjawab..hari raya Qurban..pengorbanan..
tapi pengorbanan apa?Tak ramai yang menyedari pengorbanan apa yang dimaksudkan..
Disini,bukan nak huraikan satu persatu,sebab..kita dah lama hidup sebagai seorang muslim..
Sepatutnya kita tahu apa itu islam..dan kandungannya..

cuma sekadar renungan dan imbasan kembali terhadap Aidiladha yang kita sambut..walaupun ianya mungkin tidak semeriah Aidilfitri ,namun ianya juga merupakan hari bersejarah untuk semua umat Islam..di seluruh dunia..

Pada hari ini,umat Islam yang menunaikan Fardhu Haji di Mekah, sedang wukuf di Arafah.
Ia antara waktu yang sesuai dan mujarab untuk berdoa..

Kita pula..janganlah hanya menunggu waktu ini untuk berdoa, berdoalah selagi kita mampu..tapi perlu juga disusuli dengan usaha dan Tawakkal..

Selamat Hari Raya Aidiladha..

ZM: Selamat Hari Raya Aidiladha
 
;