Saturday, November 08, 2008

Magnet Minda

Beberapa hari lepas..saya membelek buku lama dan terjumpa sekeping gambar. Gambar seorang sahabat ketika di tingkatan 5. Hmm..lama sudah tidak berjumpa dengannya. Keesokan harinya, tanpa disangka-sangka..sahabat ini menghubungi saya. Mengapa begitu?
adakah itu satu kebetulan?

Mungkin pada pendapat kita, itu cuma satu kebetulan..Tapi yang sebenarnya ia bukan satu kebetulan. Fikiran kita adalah magnet.

Magnet minda..Fikiran kita akan menarik apa yang kita fikirkan.

Orang yang gembira akan mnarik orang yang gembira.
Orang yang berfikiran negatif akan menarik orang yang negatif juga.

Fikiran adalah sesuatu yang tidak kelihatan. Tetapi ia wujud. Sama seperti tenaga Elektrik dan graviti. Otak manusia sebenarnya lebih hebat dari daya tarikan magnet. Kajian mendapati, otak manusia mampu menghantar gelombang terhadap apa yang difikirkannya.


Bayangkanlah, gelombang FM untuk siaran radio dan television mampu sampai ke semua tempat, mampu mnembusi konkrit dan dinding, fikiran manusia lebih HEBAT dari itu!

Beribu-ribu buku ditulis dan beratus-ratus kajian dijalankan untuk membuktikan kehebatan glombang fikiran manusia. Berapa banyak KEBETULAN yang kita perlukan untuk menentang kajian-kajian ini?

Fikiran kita membawa kita kepada apa yang kita fikirkan. Jika kita risau kita akan jatuh sakit, maka kita akan jatuh sakit.

Jika kita fikirkan kita akan berjaya, maka kita akan berjaya.
Tapi tanpa KeredhaanNya, tiada apa yang kita mampu buat.

P/S: jangan asyik berfikir sahaja..Untuk mencapainya, perlu ada usaha


0 530 Pendapat:

 
;