Saturday, November 01, 2008

Hikmah dalam Kejadian

Dalam Diri Kita Ada Tanda-tanda Kebesaran Tuhan..Hayati Dan Fahami…

Seorang doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan".

Doktor tersebut menyuruh penonton melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan mereka. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa Kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah s.a.w akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (jari yang terakhir sekali). Lalu Rasulullah s.a.w akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 jenis enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman(Digestion Process).

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Tapi kenapa garam?

Selain dari sebab IA adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor di hospital-hospital,the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM!

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah:

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita mudah memproses makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkanpenyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuatperjanjian dengan Allah s.w.t, apabila Basmalah dibacamaka bakteria dan racun akan musnah dari sumbermakanan itu.

4. Cara Rasulullah minum

Janganlah kita minum berdiri walaupun IA makruh tetapi IA makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.

Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung Kita. Kerana apabila kita hembus,kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbondioxide, yang apabila bercampur dgn air,H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi asid.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, Dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Sebenarnya badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

ZM: Subhanallah!

0 530 Pendapat:

 
;