Sunday, November 16, 2008

Cikgu Berahim dan Man Dol

Adegan 1
Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh muridnya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid-murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim bertanya muridnya yang bernama Man Dol, "Man, apa sebab kau berhenti ni?"
"Oh cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit la cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak??"

Adegan 2
Waktu sekolah telah tamat. sebelum keluar kelas, cikgu Berahim telah bertanya kepada murid-muridnya "Siapa nak masuk/pergi syurga?"
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalucikgu Berahim pun bertanya,"Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?" Man Dol menjawab,"Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana,cikgu."

Adegan 3
cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar.
Cikgu Berahim: Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Cikgu Berahim : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu ni tak sekolah ke??

Adegan 4
Seperti biasa, Cikgu Berahim mengajar pelajar di Sekolah Agama.Cikgu Berahim mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Cikgu Berahim: Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba-tiba seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu Berahim : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu Berahim : Allahhuakbarr! !!

Adegan 5
Satu hari di dalam kelas..
CikguBerahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu..
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Ana pula. Apakah tugas batang pokok pisang?
Ana : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol : Untuk membungkus nasi lemak, cikgu.
Cikgu Berahim: Uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

0 530 Pendapat:

 
;