Thursday, November 13, 2008

3 paper dalam satu hari?



Hmm..sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan..tapi agak sibuk..maklum sajalah,sekarang ni minggu peperiksaan di kolej aku..semua pelajar IIC dah jadi budak baik..pergi mana-mana pun bawa buku..almaklumlah,kejap lagi ada paper..mesti nak study..

sekarang ni cuma nak ceritakan suasana peperiksaan di IIC..macam-macam ragam dapat dilihat..pakaian,jangan cakaplah..pelbagai style ada..ada yang pakai jeans,ada yang yang pakai selendang..tudung lilit sana,lilit sini..biasa la tu..

Aku?
Aku macam biasa je..simple & cool setiap masa..sebab bagi aku, life is simple,why must we make it complicated? macam biasa,exam buat aku sakit..faham sajalah bila exam,kena baca buku..orang cakap,exam memang macam tu..hari tu aku ada 3 paper dalam satu hari, takut juga sebab aku tak pernah lagi ada 3 paper dalam satu hari..kalau dua tu,biasalah..

Demam exam melanda IIC..Apa-apa pun,aku study macam biasa..hari sebelum pergi berjuang tu aku bangun solat subuh,tekak terasa perit. Ah,sudah! takkanlah aku demam time nak exam ni?
3 paper lak tu..

Aku pening-pening lalat sikit (ke lalat yang pening macam aku?)..berat terasa kepala ni, aku cuba juga untuk hadapinya..aku brsarapan dan kemudian aku buat ulangkaji sedikit. Menjelang petang, aku rasa demam aku makin teruk. Malamnya pun sama..

"harap-harap esok aku dah sembuh" aku berharap sendirian.

Esok paginya, demam aku makin teruk..tapi aku pergi juga exam..sebab aku kena buat pilihan,pergi exam or ambil special exam..takkan nak cari penyakit ambil special exam? memang la special..tapi ada sebab kenapa dia special..Tak pasal-pasal aku tak boleh pergi praktikal. Semuanya akan jadi berterabur lepas tu..



paper aku start pukul 8.30 pagi..Vanue? jangan tanyalah..kat dewan besar yang paling sejuk tu..
tempat duduk aku lak kat depan sekali..partition 11,dekat pintu..

cukup tak suka..sebab keadaan dalam hall tu buat jiwa aku tak tenteram..ye la,apa taknya,tengok orang keluar masuk tak henti-henti..ganggu konsentrasi betul!

exam dah mula 15 minit..aku rasa macam dah 2 tahun aku duduk dalam tu,sejuk betul..dah la aku demam,pakai jaket pun masih rasa macam nak beku..

dalam 1 jam macam tu,aku keluar..dah habis jawab lah konon..
aku sedia untuk paper yang kedua lak..special needs..tak tau la aku dapat bertahan ke tak..

kali ni aku kena kat kelas..E-204..aku pun masuk dan mula jawab soalan..
mula-mula tu,ok..lama-kelamaan aku dah tak tahan..kepala aku sakit sangat..aku terus keluar lepas je aku jawab dan semak-semak sikit..aku pulang rumah..


kat umah..aku rehat kejap..dan bersedia nak sambung paper yang ketiga..Young muslim Practical Life Exercise..ok ka paper ni,boleh tahan juga. tak susah tak senang..average la..

Selepas tamat ketiga-tiga paper, aku pun pulang..(habis macam tu je?)
Tawakkaltu alaAllah..

ZM: Tunggu keputusan exam.tak yakin akan dapat 4.0..

0 530 Pendapat:

 
;