Saturday, October 25, 2008

Petua Menjadi Khalifah Yang Hebat

Petua Menjadi Khalifah yang Hebat dan Mulia di sisi Tuhan Pencipta Alam dari pakar motivasi Azif B.Abd.Razak, mentee Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah....(sama-samalah kita rujuk dan jadikan panduan 21 ISI PENTING DI BAWAH.)

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 KALI.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa)."HIDUP TAK LAMA, MATI DTG TIBA2, MAKA KEJARLAH LIMA SEBELUM LIMA, BARULAH HIDUP PENUH BAHAGIA. "

10. Kekalkan wuduk (azam dan cubalah sungguh2 ikut kemampuan & keadaan).

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan dengan penuh keikhlasan apabila mampu.

13. Jaga makanan.... jangan makan makanan yang shubhah terutama yang HARAM.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (pemangkin dalam penginsafan diri)..dan bergaullah dengan semua orang yang amat unik Allah jadikan pelbagai ragam dan tabiat yang boleh jadi panduan kita baiki diri dan dalam menanam kehebatan dan keagungan Allah dalam diri.

16. Selalu berpesan-pesanan sesama manusia supaya jadi baik, insyaallah,pasti diri sendiri dulu yang terkena pesanan itu yang datang dari hati terus ke hati.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut,dsb), jangan dengar orang mengumpat.

18. Sentiasa azam dan berniat untuk menambah ilmu. iman dan pengalaman.

19. Sentiasa menggunakan nikmat pada diri kurnian ilahi untuk hasilkan KOMUNIKASI BERKESAN, yang memungkinkan PENINGKATAN KEYAKINAN DIRI YANG HEBAT, kemudian pasti MENGHASILKAN PERHUBUNGAN SESAMA INSAN MENJADI BANYAK DAN HEBAT....MAKA, BOLEHLAH DIIBARATKAN TERHASILNYA MEE KARI YANG SEDAPPP...YANG CUKUP RAMUAN DAN ISI-ISI TAMBAHANNYA YANG PASTI MEMBERI NIKMAT KEKENYANGAN YANG HEBAT KEPADA SEMUA ORANG DI SEKELILINGNYA...

20. SENTIASA MENYUBURI PERJALANAN HIDUP DENGAN BERPEGANG KUAT PADA 565 yang sejajar dengan pegangan terhadap AL-QUR'AN & AS-SUNNAH... 5-RUKUN ISLAM, 6- RUKUN IMAN, 5- WAKTU BAGI CUKUP...INSYAALLAH...BARU ALLAH S.W.T TOLONG CUKUP DI DUNIA DAN AKHIRAT.

21....“sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat”...SUNNAH BAGINDA RASULULAH S.A.W.

ZM: InsyaAllah akan Berjaya..

0 530 Pendapat:

 
;