Sunday, October 26, 2008

Budak dan Tapak Sulaiman

Semasa aku di sekolah rendah, cikgu aku pernah bercerita..tentang usaha dan kejayaan..

Ceritanya begini..pada suatu hari,seorang tua berjalan-jalan di tepi pantai yang terdapat beratus-ratus tapak sulaiman yang terdampar di pantai tersebut..dari kejauhan dia melihat seorang budak yang bersungguh-sungguh melemparkan tapak-tapak sulaiman itu kembali ke dalam laut semula dengan harapan tapak-tapak sulaiman itu berjaya meneruskan kehidupannya..sedang dia meneruskan usahanya itu,orang tua itu menghampirinya denagn pelbagai persoalan..orang tua tersebut bertanya kepada budak itu.."adik..apa yang adik lakukan ini?"

budak tersebut menjawab "pakcik,saya sedang melontarkan tapak sulaiman ini ke dalam laut..supaya dia dapat meneruskan kehidupannya." orang tua itu bertanya lagi "adik,sedarkah adik yang di pantai ini terdapat beratus-ratus tapak sulaiman?mampukah adik melontarkan semuanya sekali?"Italic

budak tersebut menjawab "pakcik,walaupun saya tak mampu mencampakkan semuanya ke laut,tapi sekurang-kurangnya saya mampu membantu seekor daripadanya untuk terus hidup"

Pengajaran daripada cerita ini:
Walaupun kita tak mampu untuk memberikan sumbangan yang banyak,sekurang-kurangnya kita memberi sedikit sumbangan daripada kita tidak menyumbang langsung..renung-renungkanlah..

ZM: Bantu apa yang mampu..

0 530 Pendapat:

 
;