Saturday, October 25, 2008

Aku Sudah Berusaha..Tapi Hasilnya??

Ramai antara kita yang belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Kita yakin yang kita akan berjaya berdasarkan usaha kita ini. Namun adakalanya apa yang terjadi bukan seperti yang kita jangkakan. Keputusan peperiksaan telah diumumkan,kita terkejut kerana keputusan kita jauh tersasar dari apa yang kita harapkan.

Kenapa ini terjadi? Pernahkah anda terfikir akan soalan ini?Sebenarnya perkara sebegini kerapkali terjadi pada diri manusia. Namun,pernahkah kita terfikir apakah punca perkara ini terjadi?Jika diikutkan,memang agak susah untuk kita menerima kenyataan tentang apa yang kita usahakan tidak berbaloi dengan keputusan yang kita terima.

Puncanya,mungkin kita tertinggal sesuatu yang melengkapkan usaha kita untuk mendapat keputusan yang kita inginkan.bagaimana untuk mencapai apa yang kita inginkan?caranya,mudah sahaja. lihat kembali usaha kita.

Adakah usaha yang kita lakukan itu benar-benar yang terbaik?atau adakah yang lebih baik lagi boleh kita lakukan?sudah cukupkah usaha kita ini?Adakah kita terlupa sesuatu yang penting dalam usaha kita ini?saya teringat satu cerita yang diceritakan kepada saya oleh guru kelas semasa zaman persekolahan saya. Ceritanya adalah berkenaan seorang remaja gagah.

ceritanya begini:-

Dizaman dahulu kala,ada seorang remaja yang sangat gagah. Dia tinggal bersama dengan ibunya. Ibunya menyuruh dia bekerja mengambil upah memotong pokok untuk dibuat kayu api dan dijual. Remaja ini pun pergi ke hutan berbekalkan sebatang kapak dan mula memotong pokok. sehingga waktu petang,dia berjaya memotong sebanyak 50 batang pokok. dia merasa amat gembira.Pada keesokan harinya,dia bangun awal-awal pagi lagi untuk bekerja. Dia bersarapan dan mula memotong pokok.

Pada waktu petang seperti hari sebelumnya,dia dapat memotong pokok sebanyak 40 batang. Remaja ini merasa hairan,mengapa dia hanya dapat memotong sebanyak 40 batang pokok sahaja?dia menyimpan kemusykilan itu di dalam hatinya.Hari ketiga,dia keluar lebih awal dari hari sebelumnya. Dia mula memotong pokok dan bekerja sehingga petang. Namun dia amat terkejut apabila dia hanya dapat memotong 30 batang pokok sahaja. "Apa yang tak kena dengan aku hari ini?" bisik hati kecil remaja tersebut.

Begitulah seterusnya,pada hari keempat dia cuma dapat memotong 20 batang pokok dan pada hari kelima cuma 10 batang pokok sahaja yang dapat dipotongnya. Dia benar-benar hairan sedangkan tenaga yang digunakannya untuk memotong pokok sama sahaja setiap hari malah lebih lagi.Setelah hari petang,dia duduk termenung di bawah pokok dan merenung tanah mencari jawapan.

Tiba-tiba,seorang tua lalu dan bertanya akan masalahnya. Dia berkata "saya memotong pokok setiap hari,tetapi setiap hari jumlah pokok yang mampu saya potong berkurangan. Saya menggunakan tenaga dan masa yang sama dari hari pertama sehinggalah hari kelima iaitu hari ini.

Saya merasa amat hairan dengan perkara ini"Orang tua tersebut berkata "anakku,memang kamu telah berusaha dengan usaha yang sama dari hari pertama hingga ke hari ini,tapi pernahkah kamu mengasah kapak yang kamu gunakan untuk memotong pokok itu?"Daripada cerita ini,dapat kita lihat remaja ini kekurangan sesuatu iaitu mengasah kapak yang digunakannya untuk memotong pokok.

Begitulah juga kita,kadang-kadang kita tertinggal sesuatu dalam usaha kita. Mungkin kita gigih berusaha,tetapi kita lupa untuk bersyukur kepadaNya. Kita lupa untuk meminta restu Ilahi.Bagaimana usaha kita akan berjaya tanpa diperkenankan oleh Allah?Jadi,cantiknya usaha kita ini jika mendapat keberkatan daripadaNya. Kita berusaha bersungguh-sungguh namun jangan kita lupa untuk berdoa dan bertawakkal kepada Allah.Renung-renungkan,ambil pengajaran.

ZM:Buat yang terbaik,Jadi yang terbaik!

0 530 Pendapat:

 
;