Sunday, October 26, 2008 0 530 Pendapat

Budak dan Tapak Sulaiman

Semasa aku di sekolah rendah, cikgu aku pernah bercerita..tentang usaha dan kejayaan..

Ceritanya begini..pada suatu hari,seorang tua berjalan-jalan di tepi pantai yang terdapat beratus-ratus tapak sulaiman yang terdampar di pantai tersebut..dari kejauhan dia melihat seorang budak yang bersungguh-sungguh melemparkan tapak-tapak sulaiman itu kembali ke dalam laut semula dengan harapan tapak-tapak sulaiman itu berjaya meneruskan kehidupannya..sedang dia meneruskan usahanya itu,orang tua itu menghampirinya denagn pelbagai persoalan..orang tua tersebut bertanya kepada budak itu.."adik..apa yang adik lakukan ini?"

budak tersebut menjawab "pakcik,saya sedang melontarkan tapak sulaiman ini ke dalam laut..supaya dia dapat meneruskan kehidupannya." orang tua itu bertanya lagi "adik,sedarkah adik yang di pantai ini terdapat beratus-ratus tapak sulaiman?mampukah adik melontarkan semuanya sekali?"Italic

budak tersebut menjawab "pakcik,walaupun saya tak mampu mencampakkan semuanya ke laut,tapi sekurang-kurangnya saya mampu membantu seekor daripadanya untuk terus hidup"

Pengajaran daripada cerita ini:
Walaupun kita tak mampu untuk memberikan sumbangan yang banyak,sekurang-kurangnya kita memberi sedikit sumbangan daripada kita tidak menyumbang langsung..renung-renungkanlah..

ZM: Bantu apa yang mampu..
Saturday, October 25, 2008 0 530 Pendapat

Petua Menjadi Khalifah Yang Hebat

Petua Menjadi Khalifah yang Hebat dan Mulia di sisi Tuhan Pencipta Alam dari pakar motivasi Azif B.Abd.Razak, mentee Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah....(sama-samalah kita rujuk dan jadikan panduan 21 ISI PENTING DI BAWAH.)

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 KALI.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa)."HIDUP TAK LAMA, MATI DTG TIBA2, MAKA KEJARLAH LIMA SEBELUM LIMA, BARULAH HIDUP PENUH BAHAGIA. "

10. Kekalkan wuduk (azam dan cubalah sungguh2 ikut kemampuan & keadaan).

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan dengan penuh keikhlasan apabila mampu.

13. Jaga makanan.... jangan makan makanan yang shubhah terutama yang HARAM.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (pemangkin dalam penginsafan diri)..dan bergaullah dengan semua orang yang amat unik Allah jadikan pelbagai ragam dan tabiat yang boleh jadi panduan kita baiki diri dan dalam menanam kehebatan dan keagungan Allah dalam diri.

16. Selalu berpesan-pesanan sesama manusia supaya jadi baik, insyaallah,pasti diri sendiri dulu yang terkena pesanan itu yang datang dari hati terus ke hati.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut,dsb), jangan dengar orang mengumpat.

18. Sentiasa azam dan berniat untuk menambah ilmu. iman dan pengalaman.

19. Sentiasa menggunakan nikmat pada diri kurnian ilahi untuk hasilkan KOMUNIKASI BERKESAN, yang memungkinkan PENINGKATAN KEYAKINAN DIRI YANG HEBAT, kemudian pasti MENGHASILKAN PERHUBUNGAN SESAMA INSAN MENJADI BANYAK DAN HEBAT....MAKA, BOLEHLAH DIIBARATKAN TERHASILNYA MEE KARI YANG SEDAPPP...YANG CUKUP RAMUAN DAN ISI-ISI TAMBAHANNYA YANG PASTI MEMBERI NIKMAT KEKENYANGAN YANG HEBAT KEPADA SEMUA ORANG DI SEKELILINGNYA...

20. SENTIASA MENYUBURI PERJALANAN HIDUP DENGAN BERPEGANG KUAT PADA 565 yang sejajar dengan pegangan terhadap AL-QUR'AN & AS-SUNNAH... 5-RUKUN ISLAM, 6- RUKUN IMAN, 5- WAKTU BAGI CUKUP...INSYAALLAH...BARU ALLAH S.W.T TOLONG CUKUP DI DUNIA DAN AKHIRAT.

21....“sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat”...SUNNAH BAGINDA RASULULAH S.A.W.

ZM: InsyaAllah akan Berjaya..
0 530 Pendapat

Aku Sudah Berusaha..Tapi Hasilnya??

Ramai antara kita yang belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Kita yakin yang kita akan berjaya berdasarkan usaha kita ini. Namun adakalanya apa yang terjadi bukan seperti yang kita jangkakan. Keputusan peperiksaan telah diumumkan,kita terkejut kerana keputusan kita jauh tersasar dari apa yang kita harapkan.

Kenapa ini terjadi? Pernahkah anda terfikir akan soalan ini?Sebenarnya perkara sebegini kerapkali terjadi pada diri manusia. Namun,pernahkah kita terfikir apakah punca perkara ini terjadi?Jika diikutkan,memang agak susah untuk kita menerima kenyataan tentang apa yang kita usahakan tidak berbaloi dengan keputusan yang kita terima.

Puncanya,mungkin kita tertinggal sesuatu yang melengkapkan usaha kita untuk mendapat keputusan yang kita inginkan.bagaimana untuk mencapai apa yang kita inginkan?caranya,mudah sahaja. lihat kembali usaha kita.

Adakah usaha yang kita lakukan itu benar-benar yang terbaik?atau adakah yang lebih baik lagi boleh kita lakukan?sudah cukupkah usaha kita ini?Adakah kita terlupa sesuatu yang penting dalam usaha kita ini?saya teringat satu cerita yang diceritakan kepada saya oleh guru kelas semasa zaman persekolahan saya. Ceritanya adalah berkenaan seorang remaja gagah.

ceritanya begini:-

Dizaman dahulu kala,ada seorang remaja yang sangat gagah. Dia tinggal bersama dengan ibunya. Ibunya menyuruh dia bekerja mengambil upah memotong pokok untuk dibuat kayu api dan dijual. Remaja ini pun pergi ke hutan berbekalkan sebatang kapak dan mula memotong pokok. sehingga waktu petang,dia berjaya memotong sebanyak 50 batang pokok. dia merasa amat gembira.Pada keesokan harinya,dia bangun awal-awal pagi lagi untuk bekerja. Dia bersarapan dan mula memotong pokok.

Pada waktu petang seperti hari sebelumnya,dia dapat memotong pokok sebanyak 40 batang. Remaja ini merasa hairan,mengapa dia hanya dapat memotong sebanyak 40 batang pokok sahaja?dia menyimpan kemusykilan itu di dalam hatinya.Hari ketiga,dia keluar lebih awal dari hari sebelumnya. Dia mula memotong pokok dan bekerja sehingga petang. Namun dia amat terkejut apabila dia hanya dapat memotong 30 batang pokok sahaja. "Apa yang tak kena dengan aku hari ini?" bisik hati kecil remaja tersebut.

Begitulah seterusnya,pada hari keempat dia cuma dapat memotong 20 batang pokok dan pada hari kelima cuma 10 batang pokok sahaja yang dapat dipotongnya. Dia benar-benar hairan sedangkan tenaga yang digunakannya untuk memotong pokok sama sahaja setiap hari malah lebih lagi.Setelah hari petang,dia duduk termenung di bawah pokok dan merenung tanah mencari jawapan.

Tiba-tiba,seorang tua lalu dan bertanya akan masalahnya. Dia berkata "saya memotong pokok setiap hari,tetapi setiap hari jumlah pokok yang mampu saya potong berkurangan. Saya menggunakan tenaga dan masa yang sama dari hari pertama sehinggalah hari kelima iaitu hari ini.

Saya merasa amat hairan dengan perkara ini"Orang tua tersebut berkata "anakku,memang kamu telah berusaha dengan usaha yang sama dari hari pertama hingga ke hari ini,tapi pernahkah kamu mengasah kapak yang kamu gunakan untuk memotong pokok itu?"Daripada cerita ini,dapat kita lihat remaja ini kekurangan sesuatu iaitu mengasah kapak yang digunakannya untuk memotong pokok.

Begitulah juga kita,kadang-kadang kita tertinggal sesuatu dalam usaha kita. Mungkin kita gigih berusaha,tetapi kita lupa untuk bersyukur kepadaNya. Kita lupa untuk meminta restu Ilahi.Bagaimana usaha kita akan berjaya tanpa diperkenankan oleh Allah?Jadi,cantiknya usaha kita ini jika mendapat keberkatan daripadaNya. Kita berusaha bersungguh-sungguh namun jangan kita lupa untuk berdoa dan bertawakkal kepada Allah.Renung-renungkan,ambil pengajaran.

ZM:Buat yang terbaik,Jadi yang terbaik!
Friday, October 24, 2008 0 530 Pendapat

Petua Pelajar Cemerlang

Seorang pelajar semestinya perlu ada petua supaya bijak dalam pelajaran dan juga dalam kehidupan..di bawah ini di senaraikan beberapa petua yang berguna untuk pelajar dalam mencari ilmu..

1 Makan makanan yang seimbang & sihat.
2 Riadah yang konsisten
3 ibadah yang sempurna
4 belajar dengan berkesan
5 menghormati ibu bapa & mendoakan mereka
6 hormati, sayang, & doakan guru
7 sayang & tolong kawan (belajar dengan niat mengajar)
8 berkawan dengan orang-orang yang bersikap positif
9 bertindak dengan seimbang.-hati bersih murni & kental-minda positif & berilmu-Tindakan cemerlang-penampilan yang anggun-hubungan sosial yang mantap -doakan-maafkan-bantu-ceriakan-bangunkan diri & orang lain-amalan rohani yang mantap-berkat & redha (tawakkal selepas mencuba)-kehidupan yang cemerlang
10 mahir-ulangkaji selepas kelas

ELAKKAN!!!!
1 elakkan makan kepala ikan
2 elakkan makan bahagian dalaman (hati,jantung & sebagainya)
3 elakkan minum semasa makan
4 elakkan makan makanan yang tercemar dengan semut
5 elakkan makan terlalu kenyang
6 elakkan kencing berdiri
7 elakkan membaca nama di batu nisan
8 elakkan melihat buih

BANYAKKAN...
1 banyakkan memakan makanan yang mengandungi kacang soya
2 banyakkan makan kismis, kurma & madu
3 banyakkan makan buah badam & kekacang
4 pakai minyak wangi5 tanam minat pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
6 mahir mengenai teknik
7 memberi ganjaran & pengiktirafan kepada diri sendiri
8 berdoa & bersyukur (Al-Insyirah,rangsang kekuatan pemikiran)
9 sentiasa mencuci hati (solat,maafkan orang lain sebelum tidur)
10 beri tumpuan dalam kelas
11 buat jadual waktu yang menarik
12 disiplin yang tinggi
13 bentuk jurnal kejayaan
 
;