Tuesday, September 30, 2008

Cacing dan Arak

Satu pagi kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari tu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup sebagai sampel kehidupan dan 2 gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

" Cuba perhatikan murid-murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul.Cacing yang disebelah kanan saya akan saya masukkan kedalam air mineral manakala cacing yang disebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul."

Semua mata tertumpu kepada kedua-dua ekor cacing tersebut. Seperti yang telah dijangkakan,cacing yang berada didalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yangberada di dalam arak menggeletek lalu mati.

Si cikgu tersenyum lebar apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan kepada ujikajinya.

"Baiklah murid-murid,apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi?"

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab, "UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN DI DALAM PERUT...MINUMLAH ARAK ..."

Guru: "???"

ZM: Murid sekolah zaman sekarang..

0 530 Pendapat:

 
;