Tuesday, September 30, 2008 0 530 Pendapat

Cacing dan Arak

Satu pagi kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari tu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup sebagai sampel kehidupan dan 2 gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

" Cuba perhatikan murid-murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul.Cacing yang disebelah kanan saya akan saya masukkan kedalam air mineral manakala cacing yang disebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul."

Semua mata tertumpu kepada kedua-dua ekor cacing tersebut. Seperti yang telah dijangkakan,cacing yang berada didalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yangberada di dalam arak menggeletek lalu mati.

Si cikgu tersenyum lebar apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan kepada ujikajinya.

"Baiklah murid-murid,apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi?"

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab, "UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN DI DALAM PERUT...MINUMLAH ARAK ..."

Guru: "???"

ZM: Murid sekolah zaman sekarang..
Monday, September 29, 2008 0 530 Pendapat

GILA,OTAK dan GADUH

Tersebutlah kisah..di dalam sebuah kampung tinggal 3 orang adik-beradik yang bernama,GILA,OTAK dan GADUH..

Pada suatu hari,GADUH hilang,GILA dan OTAK pergi mencarinya namun tidak menemuinya..
Pada keesokan harinya,mereka berdua pergi ke balai polis untuk membuat laporan..OTAK menunggu abangnya,GILA di luar sementara GILA membuat laporan..GILA pun masuk ke dalam balai polis dan mula membuat laporan..

Pegawai polis: Ada apa?
GILA: Nak cari GADUH..
Pegawai polis: Awak gila ke?
GILA: Ya, saya GILA
Pegawai polis: takde otak ke?
GILA: Ada..OTAK ada kat luar..
pegawai polis tercengang..dalam hati.."macam ni pun ada ka?"
ZM: Jangan jadi orang GILA yang takde OTAK dan nak berGADUH..
 
;